Setelah anda Format komputer dan Install Windows, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalam memasang Driver. Driver ini diperlukan oleh komponen hardware yang berada didalam komputer, contohnya Graphic card dan Sound card.
Tanpa driver, akan anda dapati komputer anda tak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Contohnya, tanpa driver untuk Sound card, sistem audio takkan berfungsi dan menyebabkan komputer anda tidak dapat mengeluarkan sembarang bunyi atau memainkan mp3.
Selalunya apabila anda membeli barang-barang komputer, pekedai akan membekalkan anda dengan CD Driver. CD inilah yang anda sepatutnya simpan baik-baik, kemungkinan akan anda perlukan suatu hari. Kalau anda tidak mempunyai CD ini (Hilang, Rusak, Dipinjam/Diminta dan semacamnya), anda masih boleh cari Driver anda di Internet.
Jangan lupa Backup semua Driver yang sedia ada dalam komputer anda, sebagai langkah berjaga-jaga. Driver yang telah di-Backup ini sangat berguna sekiranya anda perlu Format kembali komputer.
Sauce: http://sembangkomputer.com/apa-itu-driver/
Sunday, August 25, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment